Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-13T14:27:27

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan stabil dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga menembusi tahap rendah dua tahun pada 0.8731 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini terjejas ekoran penurunan ketara pada mata wang dolar dan permintaan franc semasa pasangan CHF/JPY menaik dan semasa pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah penurunan harga, meskipun ia akhirnya akan berad di wilayah terlebih jual, purata pergerakkan lima dan lima belas hari kian menurun.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8695; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8680. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8730. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8750 dan sasaran kedua pada tahap 0.8765.


Tahap Rintangan:
0.8750
0.8765
0.8805

Tahap Sokongan:
0.8695
0.8680
0.8645

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...