
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh selepas menembusi tahap rendah empat hari pada tahap 102.55 hari Rabu. Kadar harga bafi pasangan mata wang ini telah terjejas ekoran daripada penurunan yang ketara pada mata wang dolar (Spot Indeks ICE dolar terakhir 79.60 berbanding 79.80 awal harga Rabu), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah pengaruhi oleh permintaan dari pengimport Jepun, perlonggaran dasar kewangan oleh Bank Jepun, pembelian mata wang yen di tengah-tengah penghindaran risiko pelabur menurun (Tolok ketakutan VIX jatuh 2.23% kepada 14.47, S & P meningkat 0.03% pada hari semalam) meskipun kegawatan tercetus di di Ukraine, peningkatan spekulasi bahawa dasar monetari di China akan diperlonggarkan lagi seperti pemotongan nisbah keperluan rizab bagi bank-bank, jika terdapat tanda-tanda pertumbuhan yang perlahan.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun stokastik telah jatuh daripada zon terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.2; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 102. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.90. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.20 dan sasaran kedua pada tahap 102.
Tahap Rintangan:
103.15
103.40
103.60
Tahap Sokongan:
102.2
102
101.75