Pasangan mata wang kini sedang didagangkan didalam aliran menaik dari tahap 1.6465 dan berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap 1.66. Tahap rintangan terletak pada tahap tinggi 17 Mac yang lalu, dan pada tahap Fib 61.8 pada carta 4H. Pada hari ini, perhatian para pedagang diramalkan akan tertumpu pada ucapan BOE Gabenor Carney dan ucapan pengerusi Fed, Jannet Yellen. Pasaran diramalkan akan turun naik semasa sesi perdagangan ini. Kami tidak mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap harga semasa. Pasangan mata wang ini hanya akan didagangkan kembali didalam aliran menaik di atas tahap 1.666 dengan mensasarkan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.6718 dan 1.6786 dengan segera. Berdasarkan pada carta 4H, RSI memihak kepada aliran penurunan harga. Kami menjangkakan bahawa dengan mengambil pesanan menjual pada tahap harga yang lebih tinggi adalah merupakan strategi perdagangan yang terbaik dalam tempoh terdekat ini. Di sebelah bawah, tahap harga 1.6626, 1.6585, dan 1.655 adalah merupakan tahap sasaran serta-merta.
S1 1.6585 R1 1.6666
S2 1.65 R2 1.6718
S3 1.6465 R3 1.6786

KESELURUHAN:
Berdasarkan pada carta mingguan, RSI kini dilihat sedang bergerak ke arah bawah. Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 1.6823. Ia adalah merupakan tahap tinggi yang lebih rendah dan pembentukan tahap rendah yang lebih rendah dalam aliran dua minggu lalu pada carta mingguan, yang mana ia telah melengkapkan gambaran penurunan harga, Gambaran ini akan terbatal sebaik sahaja pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tahap 1.666. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan berhampiran pada garisan aliran menurun. Sekiranya pasangan mata wang ini berdagang di atas garis perdagangan menaik ungu, maka harga diramalkan akan menembusi sasaran yang terletak pada tahap 1.68 dan 1.70 dengan jelas. Bagi aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 1.6465. Gambaran penurunan harga ke tahap yang lebih rendah akan kelihatan sebaik sahaja harga menembusi pada tahap ini. Di bawah tahap ini, 1.6252, 1.6, dan 1.5722 adalah merupakan tahap sasaran yang seterusnya.
Untuk aliran menaik, sejurus selepas harga berjaya menembusi pada tahap 1.66, harga akan berhadapan dengan rintangan pada tahap 1.6741, 1.6786, dan 1.6823.

Ambil PESANAN MENJUAL dengan menetapkan SL pada tahap 1.666 dan SASARAN pada tahap 1.66, 1.6585, dan 1.655.
