Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 31 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-31T03:42:38

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 31 Mac, 2014

Pasangan mata wang ini telah didagangkan di dalam aliran menurun daripada tahap harga 1.3967. Pada hari ini, perhatian para pedagang dijangkakan akan lebih tertumpu pada ucapan pengerusi Fed, Jannet Yellen dan laporan CPI Flash Estimates tahunan. Dalam sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini sedang didagangkan pada tahap harga 1.3752. Pasangan mata wang ini telah menembusi gelombang menaikdan didagangkan berhampiran pada tahap rintangan (gairsan ungu). Untuk aliran menurun, tahap rendah hari Jumaat iaitu pada tahap 1.3705 adalah merupakan tahap sokongan dan tahap 1.38 pula bertindak sebagai tahap rintangan buat pasangan mata wang. Sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di atas garisan ungu, maka kita akan dapat melihat satu petanda yang jelas untuk peluang aliran jangka pendek mengambil tempat. Sepertimana yang telah kita syorkan sebelum ini pada kedudukan sebelum ini, ambil pesanan menjual sehingga harga didagangkan di atas tahap 1.396. Kini, kami akan memberikan maklumat yang terkini mengenai pasangan mata wang ini, sehingga ia berdagang di atas tahap 1.3876, aliran penurunan harga akan membawa pasangan mata wang ini bergerak menuju ke arah tahap yang lebih 1.364, 1.356, dan 1.354. Penutupan harian di bawah tahap harga 1.3724 (SMA50) akan mengukuhkan prospek penurunan harga untuk pasangan.


Analisis Teknikal EUR/USD untuk 31 Mac, 2014

Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang ini telah keluar daripada corak perdagangan dan menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.3745 dan kemudianya berhadapan dengan tahap rintangan 1.3766, 1.3777, 1.3787, dan 1.38. Pergerakkan kenaikkan harga yang selanjutnya akan mengambil tempat sebaik sahaja pasangan mata wang ini menembusi dan didagangkan di atas tahap 1.38 (SMA50) menuju ke arah tahap 1.3850 dan 1.3876. Untuk aliran arah bawah, sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di bawah garisan ungu, maka harga diramalkan akan hanyut menuju ke arah tahap 1.3737, 1.37, dan 1.3642. Kami mensyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga didagangkan di atas tahap 1.3876 dalam tempoh masa yang terdekat ini.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 31 Mac, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...