Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 01 April, 2014.

parent
Analisis Forex:::2014-04-01T04:26:38

Analisis Teknikal Emas untuk 01 April, 2014.

Analisis Teknikal Emas untuk 01 April, 2014.

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Emas dilihat telah menguji tahap rendah hanya di bawah $ 1,280.00 pada hari ini, sebelum harga ditarik semula. Gambaran carta 8 jam masih menyatakan corak cartalilin bercorak Doji, yang mana ini masih menunjukkan kemungkinan pembalikan arah aliran. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mula mengambil 50% pesanan membeli pada tahap harga semasa ($ 1,285.30) dan baki 50% di sekitar tahap harga $ 1,250.00/60.00. Risiko kini terletak di bawah tahap $ 1,240.00.

2. Sokongan yang paling hampir bagi komoditi ini dilihat terletak pada tahap $ 1,230.00/40.00, dan diikuti dengan tahap $ 1,210.00 dan $ 1,180.00 sementara rintangan pula dilihat berada pada tahap $ 1,350.00 (sokongan garisan aliran yang kini telah bertukar menjadi tahap rintangan), dan masing-masing diikuti oleh tahap $ 1,388.00.

3. Struktur ini menunjukkan bahawa Emas telah bersedia untuk mengadakan kenaikkan harga dari tahap semasa atau pada wilayah $ 1,260.00. Para pedagang juga diingatkan bahawa tahap sokongan Fibonacci 0.618 juga melalui kawasan yang sama. Ambil pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah masih kekal sebagai strategi perdagangan.

Cadangan Perdagangan:

Ambil pesanan membeli 50% pada masa sekarang ($1,285.00), dengan menetapkan kedudukan Stop Loss dibawah tahap $1,240.00, dan sasaran pada tahap tinggi baru.

Dagangan jangka pendek: Ambil pesanan membeli pada masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,275.00 dan sasaran pada tahap $1,300.00/$1,330.00, dan $1,350.00.

Semoga berjaya!

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...