Harga emas berkemungkinan akan mempunyai sokongan daripada permintaan fizikal Asia, tetapi akhirnya kita akan menjangkakan kos pengeluaran yang semakin meningkat untuk menyediakan dasar di mana harga emas akan berhenti daripada jatuh. Oleh kerana kos pengeluaran yang semakin meningkat, ia telah memerangkap harga emas, oleh yang demikian harga akan membentuk dasar dan akhirnya mula bergerak ke tahap yang lebih tinggi sekali lagi.
Dalam sesi perdagangan Asia, emas kini sedang diniagakan pada tahap harga $ 1,282. Sebelum saya memulakan penulisan laporan ini, emas dilihat telah jatuh ke tahap $ 1,277 dan ia kemudianya telah ditarik semula. Merujuk pada tahap terlebih jual didalam carta 1H dan 4H, emas telah ditarik semula dari tahap yang lebih rendah. Seperti yang telah saya syorkan sebelum ini, emas akan mempunyai beberapa sokongan belian di antara tahap harga $ 1,279 - $ 1,260. Berdasarkan pada carta 1H, harga telah menyediakan beberapa dasar di sekitar tahap harga $ 1,282. Saya lebih gemar untuk membeli dengan menetapkan sl pada tahap $ 1277 dan mensasarkan ke tahap $ 1,287, $ 1,291, dan $ 1,293. Pada aliran menaik, $ 1,294 adalah merupakan tahap rintangan yang kukuh untuk perspektif urusniaga harga, di atas tahap ini, harga yang akan menuju ke arah tahap $ 1,298 dan $ 1,304. Bagi aliran penurunan harga pula, sekiranya harga menembusi pada tahap $ 1,277, anda disarankan untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan sasaran pada tahap $ 1,270, $ 1,265, dan $ 1,261.

joseph.wind@analytics.instaforex.com