Carta Harian: Indeks USDX dilihat semakin melemah dengan kecenderungan kenaikkan harga pada baru-baru ini, selagi USDX kekal didagangkan di bawah tahap 80.00. Selain itu, kita mesti mengambil kira bahawa USDX telah membentuk fraktal berhampiran pada tahap tersebut. Buat masa ini, USDX berkemungkinan akan jatuh ke tahap 79.50. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.

Carta 4H: Indeks USDX menembusi rintangan pada tahap 79.93, oleh itu kecenderungan penurunan harga kini dilihat sedang cuba untuk mendominasi USDX. USDX berkemungkinan akan jatuh kembali ke tahap 79.60. Sekiranya Indeks USDX menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.33. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Carta 1H: Indeks USDX telah mengukuh di atas SMA 200, walau bagaimanapun, ia tidak memberikan kesan yang besar, selagi Indeks USDX kekal didagangkan di bawah rintangan pada tahap 79.88, maka kecenderungan penurunan harga akan kekal sah. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX tidak menembusi pada tahap tersebut, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 80.15. Petunjuk MACD adalah negatif.

Cadangan Perdagangan: Berdasarkan pada carta 1H diatas, ambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USD menembusi cartalilin penurunan harga, dengan menetapkan sokongan pada tahap 79.64, take profit pada tahap 79.39, das stop loss pada tahap 79.90.