Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 21 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-20T23:32:11

Analisis Harian GBP/USD untuk 21 April, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang ini dilihat masih lagi didagangkan di atas tahap 1.6766, oleh yang demikian kecenderungan kenaikkan harga masih lagi kekal sah bagi pasangan mata wang GBP/USD ini. Untuk sepanjang minggu ini, harga diramalkan akan terus  mengalami pembetulan harga dan cuba untuk mencecah rintangan pada tahap 1.6851. Sekiranya pasangan GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap rintangan tersebut, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 1.6950. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.


Analisis Harian GBP/USD untuk 21 April, 2014

Carta 4HPasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas tahap sokongan 1.6785, oleh yang demikian, pasangan mata wang iniberkemungkinan besar akan kekal didagangkan dalam aliran menaik di atas tahap tersebut. Walau bagaimanapun, jika pasangan GBP/USD menembusi pada sokongan yang terletak pada tahap 1.6785, maka harga dijangkakan akan jatuh ke garisan  aliran menurun pada tahap 1.6700. Petunjuk MACD kini terletak di wilayah negatif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 21 April, 2014

Carta 1H: Buat masa ini, pasangan mata wang GBP/USD kekal didagangkan di atas purata pergerakkan 200 hari, oleh itu prospek kenaikkan harga bagi pasangan ini masih sah. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.680. Sekiranya berhasil, maka harga diramalkan akan meningkat hingga ke tahap 1.6850. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 21 April, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6850, take profit di tahap 1.6900, dan stop loss pada tahap 1.6800. 


Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...