EUR/USD: Meskipun terdapat beberapa percubaan yang ketara oleh aliran menaik untuk menolak harga ke arah atas, namun harga masih didagangkan dalam aliran menurun. Pada hari Jumaat, 13 Jun 2014, harga bagi pasangan mata wang ini telah ditutup pada tahap 1.3539 (di bawah garis rintangan 1.3550). Garis sokongan terletak pada tahap 1.3500, dan ia adalah merupakan tahap sasaran yang mudah pada minggu ini, walaupun harga berkemungkinan akan menutup di bawah tahap tersebut sambil meneruskan pergerakkan menuju ke tahap yang lebih rendah lagi.

USD/CHF: Ia adalah sesuatu menarik bahawa harga bagi pasangan ini dilihat masih lagi gagal untuk keluar daripada kawasan pengepungan yang terletak pada tahap rintangan 0.9000. Pertempuran ini telah menjadi sangat hebat di sekitar tahap rintangan ini - telah berlaku lebih daripada dua minggu. Aliran menaik enggan menghasilkan dan aliran menurun terlalu degil untuk mengalah; meskipun ia kemudianya akan bertarung dengan hebat. Walau bagaimanapun, ia kini jelas bahawa aliran menaik telah ditentukan untuk mengekalkan harga menaik. Oleh itu, penembusan harga di atas paras rintangan 0.9000 akan menandakan mercu tanda kemenangan bagi aliran menaik, dengan syarat harga mampu untuk kekal didagangkan di atas tahap tersebut.

GBP/USD: Sebagaimana yang sering kali kita jangkakan, didapati terdapat penarikan harga yang kecil telah berlaku pada pasangan mata wang ini. Walau bagaimanapun, harga berpotensi untuk bergerak jauh lebih tinggi untuk menembusi wilayah pengagihan yang terletak pada tahap 1.7000 untuk aliran menaik. Malah, harga juga berkemungkinan akan bergerak menuju ke arah wilayah pengedaran yang seterusnya pada tahap 1.7050. Wilayah pengedaran dilihat berada pada tahap psikologi 1.7000, dan oleh itu, penembsuan harga di atas tahap ini perlu diberikan perhatian.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini masih lagi didagangkan dalam aliran menurun; meskipun terdapat cabaran yang hebat untuk itu. Sekiranya harga gagal untuk kekal di bawah tahap permintaan 102.00, maka prospek penurunan harga mungkin akan menjadi tidak sah.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini juga didagangkan dalam pasaran menurun, dengan zon bekalan serta-merta terletak pada tahap 138.50. Harga ditutup 138.14 pada hari Jumaat lalu dan harga sepatutnya tidak melanjutkan pergerakkan menurun ke tahap yang lebih rendah lagi.
