EUR/USD
Minggu ini adalah minggu yang agak tenang bagi pasangan mata wang EUR/USD. Perhatian para pedagang akan tertumpu pada laporan IHP & Teras IHP pada hari Isnin, sentimen ekonomi Jerman ZEW pada Selasa dan PPI Jerman pada hari Jumaat. Bagi mata wang dolar pula, data FOMC yang bakal diketahui pada hari Rabu berkemungkinan akan menunjukkan jalan untuk hari yang mendatang.

Jangka pendek - pengayun momentum bulanan memihak kepada mod jualan. Pasangan mata wang kini sedang di dagangkan berhampiran pada garisan aliran sokongan dan SMA 50 bulan pada tahap 1.3372, di mana kami mengharapkan sokongan yang kuat untuk dagangan jangka sederhana, menembusi di bawah tahap ini, boleh menyebabkan kerosakan yang besar dalam daganagn jang

Asas Mingguan - Untuk minggu ini, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan awal yang terletak pada tahap 1.35, penembusan harga di bawah tahap ini, pasangan akan mempunyai zon sokongan serta-merta berhampiran pada tahap 1.34877. Aliran harga masih didagangkan dalam aliran melemah di bawah tahap 1.3460, sama seperti yang telah kami cadangkan pada 2 minggu yang lalu. Untuk aliran menaik, pasangan ini mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 1.3585 (SMA 50 minggu). Pasangan ini dilihat memihak kepada pesanan membeli di atas tahap tersebut, ke arah tahap 1.3615 dan 1.3677. Pada tahap yang lebih rendah, di bawah 1.3460, harga berkemungkinan akan jatuh ke tahap 1.3410/1.34 dan 1.3372. Sehingga kini, pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini dilihat sedang menembusi sokongan yang terletak berhampiran dengan band Bollinger mingguan lebih rendah.
NOTA- cmp 1.3543.
Titik Pembalikan 1.3677.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3460 dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.3410 dan 1.3372.