
Huraian :
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan mengukuhkan dalam julat yang lebih tinggi sebagaimana pasaran kini sedang menanti pengumuman kadar faedah oleh Rizab Persekutuan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh selera risiko pelabur yang bertambah baik dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan GBP/JPY ini sedang terjejas akibat daripada penjualan pengeksport Jepun. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik dilihat semakin meningkat dari zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.55; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 171.85. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.80. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 174.25 dan sasaran kedua pada tahap 174.85.
Tahap Rintangan:
174.26
174.85
175.35
Tahap Sokongan:
172.55
171.85
171.15