
Huraian :
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan mengukuhkan dengan kecenderungan penurunan harga apabila pasaran kini sedang menanti pengumuman kadar faedah oleh Rizab Persekutuan. Kadar harga bagi pasangan NZD/USD ini terjejas ekoran daripada sentimen USD yang positif. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dipengaruhi oleh selera risiko pelabur yang bertambah baik, pendirian dasar monetari yang agresif oleh Bank Rizab New Zealand dan permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah. Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, namun stokastik kini dilihat telah beralih kepada aliran penurunan harga di zon terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.87 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8745. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.86. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8560. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8635.
Tahap Rintangan:
0.87
0.8745
0.8780
Tahap Sokongan:
0.86
0.8560
0.85