Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-01T15:05:35

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Julai, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 01 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan didagangkan dalam julat. Kadar harga bagi pasangan ini telah didorong oleh sentimen dolar yang negatif dan pendirian dasar monetari agresif oleh Bank Rizab New Zealand juga perbezaan kepentingan NZD/USD. Walau bagaimanapun, sentimen NZD telah terjejas akibat daripada penurunan keyakinan perniagaan ANZ New Zealand  pada bulan Jun. Kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah dihadkan oleh harga komoditi yang lebih lemah, selera risiko pelabur yang berkurangan dan jualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi pada zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.88 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8835. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.87. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8680. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8740.

Tahap Rintangan:
0.8800
0.8835
0.8860

Tahap Sokongan:
0.87
0.8680
0.8655

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...