
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif dan permintaan bagi mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh pelonggaran dasar monetari oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik kekal berada di bawah tekanan di zon terlebih jual, purata pergerakkan lima hari kini terletak di bawah MA 15 hari dan kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8840; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8815. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8905. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8925 dan sasaran kedua pada tahap 0.8940.
Tahap Rintangan:
0.8925
0.8940
0.8955
Tahap Sokongan:
0.8840
0.8815
0.88