Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-10T06:34:16

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 Julai, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas harga mencecah tahap tinggi hampir tiga tahun 0.8829 pada hari Rabu. Kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah didorong oleh kesan yang berterusan daripada peningkatan taraf Fitch pada tinjauan kredit New Zealand kepada positif berbanding stabil pada sebelumnya, sentimen dolar yang melemah, permintaan mata wang dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah sentimen risiko yang positif, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah, pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar kewangan, dan perbezaan kepentingan untuk pasangan NZD-USD. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik; purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8860 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8890. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8710. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8680. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8770.

Tahap Rintangan:
0.8860
0.8890
0.8925

Tahap Sokongan:
0.8735
0.8710
0.8680

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...