Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 10 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-10T06:38:17

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 10 Julai, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 10 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang melemah dan permintaan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh perlonggaran dasar kewangan oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagai MACD kini berada didalam mod yang kurang memberangsangkan, namun stokastik telah bertukar kepada neutral.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8880; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8860. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8940. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8960 dan sasaran kedua pada tahap 0.8975.

Tahap Rintangan:
0.8960
0.8975
0.90

Tahap Sokongan:

0.8880
0.8860
0.8840

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...