Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-22T12:51:18

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Julai, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan mata wang USD yang secara umumnya lebih kukuh serta dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh aliran mata wang CHF sewaktu kebimbangan geopolitik meningkat. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik; purata pergerakkan lima hari kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat. Walau bagaimanapun, stokastik kini berada di dalam aliran menurun di wilayah terlebih beli. Corak  Inside-day-range telah berakhir pada hari Isnin.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9025 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9050. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8935. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8910. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8965.

Tahap Rintangan:
0.9025
0.9050
0.9075

Tahap Sokongan:

0.8935
0.8910
0.8895

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...