
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan mata wang USD (Indeks Dolar Spot ICE terdahulu 80.56 berbanding 80.51 awal hari Isnin) secara umumnya lebih mengukuh sebagaimana mata wang Amerika ini telah memperoleh manfaat daripada aliran safe haven sewaktu tercetusnya kebimbangan geopolitik Barat yang didakwa akan mengancam sekatan antarabangsa yang seterusnya ke atas Rusia ekoran konflik Ukraine. Selain itu, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini juga telah didorong oleh keganasan yang berlaku di Timur Tengah. Pasangan USD/JPY ini juga disokong kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi dan permintaan daripada pengimport Jepun. Namun begitu, sentimen USD telah terjejas ekoran daripada bacaan laporan Indeks Aktiviti Kebangsaan Fed Chicago yang lebih rendah, yang merekodkan bacaan 0.12 pada bulan Jun berbanding 0.16 pada bulan Mei. Keuntungan bagi pasangan USD/JPY juga diganggu oleh jualan eksport Jepun dan aliran safe haven JPY sewaktu riskp penghindaran meningkat.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, walau bagaimanapun Stokastik kini dilihat telah bertukar kepada aliran menaik menghampiri ke zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.80 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 102. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 101.05. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 100.85. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 101.25.
Tahap Rintangan:
101.80
102
102.20
Tahap Sokongan:
101.05
100.80
100.60