Harga emas kelihatan telah membuat tahap rendah pada tahap Penarikan semula Fibonacci 61.8% pada kenaikan harga dari $ 1,240 hingga ke $ 1,345. Pembentukan aliran penurunan harga daripada tahap tinggi ini adalah merupakan baji kenaikkan harga. Corak ini berpotensi untuk membatalkan prospek penurunan harga jangka panjang kami di mana gelombang E telah selesai atau ia berkemungkinan akan membatalkan senario bahawa emas kini sedang berada di dalam gelombang pembetulan 4.

Harga emas dilihat telah membuat gelombang menaik 5 daripada harga $ 1,240 hingga ke harga $ 1,345. Penarikan semula harga daripada harga$ 1,345 hingga ke Penariksan semula 61.8% adalah merupakan pembetulan harga . Sekiranya harga menembusi aliran menaik, maka baji kenaikkan harga berkemungkinan akan memberikan isyarat perubahan aliran harga utama. Tahap rintangan penting didapati terletak pada harga $ 1,295 dan $ 1,305. Sekiranya Emas berjaya menembusi di atas rintangan awan Ichimoku, maka kita harus menjangkakan kenaikkan harga di atas tahap $ 1,313 dan juga ke tahap $ 1,326. Lantunan harga pada Penarikan semula harga 61.8% dan ini meletakkan senario penurunan harga bagi dagangan jangka panjang kita di dalam bahaya.

Harga telah berjaya menembusi di atas awan Ichimoku harian sekali lagi. Ini adalah merupakan satu petanda yang baik untuk aliran menaik. Penurunan harga daripada tahap $ 1,346 hanya boleh menjadi gelombang B dan kenaikan harga daripada harga $ 1,240 ke tahap $ 1,346 gelombang A. Oleh yang demikian, pasaran mungkin akan bersedia untuk gelombang C pada gelombang E 4 ke arah tahap $ 1,360. Senario ini akan meningkatkan peluang bagi Emas menembusi tahap harga di atas $ 1,313. Jika harga emas berjaya ditolak pada tahap harga $ 1,295 dan menarik kembali ke arah bawah $ 1,280, maka kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana harga bertindak balas berhampiran pada tahap sokongan penting $ 1,270. Jika gelombang E ini sudah seelsai, maka kita harus menjangkak bahawa akan terdapat lantunan harga ke arah $ 1,350-60.