

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap 1.5825 pada jumlah di bawah purata. Berdasarkan pada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat permintaan yang melemah di dalam jumlah purata, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli EUR/NZD pada tahap ini kelihatan amat berisiko. Saya telah meletakkan Lanjutan Fibonacci untuk mencari potensi akhir fasa pembetulan aliran menaik dan saya mendapati bahawa Lanjutan Fibonacci 161.8% terletak pada harga 1.5815 (diuji dengan jayanya). Menurut pada carta 1H pula, kami mendapati bahawa terdapat bekalan yang kuat di dalam jumlah yang ultra tinggi telah memasuki pasaran. Oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pesanan membeli dan memerhatikan peluang jualan yang berpotensi.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5817
R2: 1.5840
R3: 1.5877
Tahap Sokongan:
S1: 1.5742
S2: 1.5719
S3: 1.5681
Cadangan Perdagagan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa membeli pasangan EUR/NZD dan perhatikan peluang untuk menjual selepas penarikan semula harga berlaku.