
Huraian :
Pasangam mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan risiko condong yang lebh tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini disokong oleh selera risiko pelabur yang positif dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang diganggu oleh jualan pengeksport Jepun dan juga permintaan pasangan mata wang EUR/USD yang melemah. Carta harian dilihat bercampu-campur sebagaimana stokastik kini sedang beralih kepada aliran menaik tetapi purata pergerakkan lima hari kini sedang berdagang di bawah MA 15 hari dan kian menurun.
Cadangan Perdagangan :
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.70 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 170.20. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 172. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 172.85. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 171.15.
Tahap Rintangan:
172
172.65
173
Tahap Sokongan:
170.70
170.20
169.85