Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Ogos, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-08-12T14:34:30

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Ogos, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Ogos, 2014

Huraian:


Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh harga tenusu yang melemah dan jangkaan penurunan di dalam kenaikan kadar yang selanjutnya daripada Bank Rizab New Zealand tahun ini, pendirian kukuh terhadap kadar pertukaran dolar NZ yang kuat dan mata wang dolar yang semakin mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini sedang diganggu oleh sentimen risiko pelabur yang positif dan perbezaan kepentingan pada pasangan mata wang NZD-USD serta permintaan dolar NZ pada pasangan AUD/NZD. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik akan kekal berada di bawah tekanan di zon terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.


Cadangan Perdagangan :
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8395; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8375. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8460. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8485 dan sasaran kedua pada tahap 0.8505.

Tahap Rintangan :
0.8485
0.8505
0.8530

Tahap Sokongan :
0.8395
0.8375
0.8350

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...