Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas harga mencecah tahap tinggi sembilan bulan pada tahap 0.9179 pagi ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh sentimen dolar yang positif dan dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah terganggu akibat daripada aliran safe haven CHF selepas ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine diperbaharui. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia kemudianya akan berada di wilayah terlebih beli; purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9180 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.92. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9110. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9070. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9125.
Tahap Rintangan:
0.9180
0.92
0.9225
Tahap Sokongan:
0.9110
0.9070
0.9050