Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas harga mencecah tahap tinggi tujuh bulan pada tahap 104.49 pagi ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh sentimen dolar yang positif (Indeks Spot ICE terdahulu 82.56 berbanding 82.16 awal hari Jumaat) selepas pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen memaklumkan bahawa kadar yang kurang dovish berbanding ramalan di Jackson Hole pada hari Jumaat. Komen beliau muncul lebih neutral daripada sebelum ini tentang kebimbangan yang kian menurun di dalam pasaran buruh, menggalakkan peserta pasaran bersedia untuk kenaikan sebenar pada kadar faedah rasmi jangka pendek. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan juga kenaikan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih pendek-bertarikh (2-tahun di 0.492% berbanding 0.468% lewat Khamis). Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ii sedang diganggu oleh jualan eksport Jepun dan penjualan mata wang Yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang semakin berkurangan (S&P 500 susut 0.2% pada hari Jumaat untuk ditutup pada 1,988.4) isyarat yang lebih baik terhadap ketegangan geopolitik yang tercetus diantara Rusia-Ukraine.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia kemudianya akan berada di wilayah terlebih beli; purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 104.25 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 104.50. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 103.40. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 103. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 103.65.
Tahap Rintangan:
104.25
104.50
104.80
Tahap Sokongan:
103.40
103
102.70