Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 03 Sep, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-03T06:35:40

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 03 Sep, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 03 Sep, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh pasangan USD/JPY yang memberangsangkan dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang diganggu oleh penjualan eksport Jepun dan sikap para pedagang yang lebih berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah ECB pada hari Khamis. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakakn lima hari semakin meningkat di atas MA 15-hari.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 174 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 174.50. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 172.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 172.30. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 173.05.

Tahap Rintangan: 
173.65
174
174.50

Tahap Sokongan: 

172.55
172.30
172

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...