Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 Sep, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-03T06:37:26

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 Sep, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 03 Sep, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan stabil dengan kecenderungan aliran menurun selepas harga mencecah ke tahap rendah enam bulan 0.8289 pada hari Selasa. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif, harga tenusu yang melemah, dan penurunan di dalam jangkaan kadar kenaikan oleh Bank Rizab New Zealand pada tahun ini. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini sedang diganggu oleh kepentingan perbezaan NZD-USD. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana penurunan harga bercorak outside-day-range telah berakhir pada hari Selasa, MACD & stokstik telah bertukar ke arah aliran menurun; purata pergerakkan lima & 15-hari kian menurun.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8270; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8240. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8380. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8435 dan sasaran kedua pada tahap 0.8465.

Tahap Rintangan:
0.8435
0.8465
0.8490

Tahap Sokongan:
0.8270
0.8240
0.82

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...