EUR/USD: Walaupun pasangan mata wang EUR/USD ini sedang diancam untuk aliran menaik, kecenderungan aliran penurunan harga masih mendominasi dan harga kini boleh ditafsirkan sebagai satu lagi peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual. Harga berpotensi untuk mencecah sehingga ke garisan sokongan pada tahap 1.3100.

USD/CHF: Walaupun pasangan mata wang USD/CHF ini sedang diancam untuk aliran menurun, namun kecenderungan aliran kenaikkan harga masih mendominasi dan harga kini boleh ditafsirkan sebagai satu lagi peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli. Harga berpotensi untuk mencecah sehingga ke garisan rintangan yang terletak pada tahap 0.9250.

GBP/USD: Penurunan harga melebihi 150 pips pada minggu ini bukan satu jenaka - ia menandakan Corak Pengesahan Aliran Penurunan Harga di dalam carta pembentukan yang lebih kukuh. Di dalam carta, EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan harga kini sedang didagangkan di bawah tahap tersebut. Tempoh RSI 14 kini dilihat terletak jauh di bawah tahap 50. Mengambil pesanan membeli adalah tidak digalakkan di dalam pasaran ini, untuk harga yang berkemungkinan akan mencapai wilayah pengumpulan pada tahap 1.6400.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini masih didagangkan di dalam aliran menaik, tanpa mengira penarikan semula harga kecil yang sedang berlaku di dalam pasaran. Meskipun terdapat penarikan semula harga, harga didapati masih berpotensi untuk menguji tahap bekalan yang terletak pada 105.00 sekali lagi, penembusan harga pada tahap ini akan mendorong harga untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi iaitu rintangan yang seterusnya pada tahap 105.50. Ini akan menyebabkan mata wang yen terus melemah. Beberapa data asas yang kukuh dijangkakan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia pastinya akan memberikan kesan terhadap pasaran.

EUR/JPY: Sepertimana mata wang yen terus melemah, pasangan mata wang ini diramalkan akan bergerak lebih jauh ke arah atas. Tidak mengambil kira penarikan semula penurunan harga yang berlaku sekali-sekala dan juga volatiliti yang tinggi, harga berkemungkinan akhirnya akan mencapai zon bekalan yang terletak pada tahap 138.50.
