Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini diperhatikan masih mengukuh di dalam aliran menurun disebabkan oleh kenyataan bahawa pasangan mata wang kini sedang membentuk corak penurunan harga di atas sokongan yang terletak pada tahap 1.6447. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya untuk mengukuh di bawah tahap harga ini, maka sasaran yang seterusnya akan terletak ditahap 1.6326, yang mana ia akan menjadi pengukuhan aliran menurun yang kuat.
Carta 4H: Pasangan mata wang ini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak penurunan harga di atas sokongan yang terletak pada tahap 1.6435. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan akan cuba untuk melakukan lantunan semula harga daripada tahap harga semasa dan melonjak sehingga harga mencecah ke tahap rintangan pada 1.6553. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya untuk menembusi pada tahap sokongan, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6247. Petunjuk MACD kekal didagangkan di dalam wilayah negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6578, take profit di tahap 1.6544, dan stop loss pada tahap 1.6611.