Zon harga pada 1.3800-1.3880 (ditandakan pada carta) menyediakan BEKALAN untuk pasangan EUR/USD.ZOn harga ini berjaya untuk menghentikan seketika momentum kenaikkan,memulakan aliran penurunan semasa.
Tekanan penurunan yang berasal pada 1.3650 telah mengenakan tekanan yang cukup pada tahap harga 1.3560 (sepadan kepada dasar menonjol sebelumnya).
Sejak daripada itu,pasangan telah pun menurun dalam saluran penurunan yang ditunjukkan sehingga tahap harga pada 1.330 dimana kadar zon kesesakkan yang sempit diwujudkan.
Tidak lama selepas itu,penembusan penurunan ditunjukkan.Penurunan segera berlaku ke arah tahap harga sekitar 1.3150 kemudian 1.3000 diikuti jurang penurunan.
Aksi harga seterunsya perlu dianggap bahawa pasangan ketika ini sedang menguji had rendah pada saluran sekitar 1.2920.
Kemungkinan yang tinggi pada pembalikkan wujud walaupun momentum penurunan ditunjukkan.
Aliran penurunan jangka masa pendek kekal kukuh selagi penurunan kekal melindungi zon harga pada 1.3310-1.3400.
Penutupan harian perlu diambil kira untuk menentukan had rendah pada saluran yang menyediakan sokongan untuk kenaikkan atau pun tidak.
Penetapan kenaikkan atas 1.3150 dan 1.3200 (tahap tinggi semasa) adalah perlu untuk mendapatkan momentum yang cukup kuat untuk memulakan pergerakkan pembetulan menaik ke arah 1.3295 dan 1.3330.
Sebaliknya,tekanan penurunan akan mensasarkan 1.2860 (had rendah pada saluran yang ditunjukkan) jika momentum penurunan yang cukup dikekalkan.