
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan stabil dalam julat harga yang lebih rendah setelah harga mencecah tahap rendah enam bulan setengah 0.8267 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang melemah selepas laporan mengenai Gaji Bukan Perladangan AS bagi bulan Ogos yang mencatatkan angka lebih rendah berbanding ramalan 142,000 (berbanding ramalan +225,000). Kadar pengangguran menurun kepada 6.1% pada bulan lalu berbanding 6.2% pada bulan Julai, selari dengan ramalan, tetapi ia telah dipengaruhi oleh kadar penyertaan kuasa buruh jatuh kepada 62.8% berbanding 62.9% pada bulan Julai. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga ditimbang oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah-tarikh yang lebih pendek (2-tahun pada 0.512% berbanding 0.536% lewat hari ini apabila kadar hasil AS semakin mengecil, perbezaan faedah pasangan mata wang NZD-USD, permintaan dolar NZ pada pasangan mata wang EUR/NZD dan pasangan GBP/MYR , serta pasangan mat wang NZD/CHF yang kian mengukuh. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan oleh penjualan dolar NZ pada pasangan mata wang AUD/NZD dan harga tenusu yang melemah.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, dan purata pergerakkan 5 dan 15 hari juga menurun, tetapi stokastik kini dilihat sedang beralih kepada aliran menaik di zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8350 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8390. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8240. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8190. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8265.
Tahap Rintangan:
0.8350
0.8390
0.8435
Tahap Sokongan:
0.8240
0.8190
0.8175