Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analsisi Teknikal USD/CHF untuk 19 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-19T17:52:22

Analsisi Teknikal USD/CHF untuk 19 Januari, 2015

Analsisi Teknikal USD/CHF untuk 19 Januari, 2015

Huraian Fundamental : 

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat dagangan. Kecairan masih sedikit selepas Bank Negara Swiss di luar jangkaan telah meninggalkan CHF 1.20 per euro dan menurunkan kadar faedah ke atas baki akaun deposit sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 0.75% pada hari Khamis. Pasangan mata wang USD/CHF ini telah terjejas akibat daripada permintaan mata wang franc pada pasangan berbanding mata wang utama. Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah disokong oleh tawaran USD, sentimen dolar yang positif, kadar faedah Swiss yang negatif serta ancaman campur tangan SNB FX.


Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan indikator stokastik perlahan adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8345. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8000. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.91505. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9550 dan sasaran kedua pada 0.9780.

Tahap Rintangan:
0.9550
0.9780
0.9810

Tahap Sokongan:
0.8345
0.8
0.7915

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...