Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analsisi Teknikal USD/JPY untuk 19 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-19T17:57:46

Analsisi Teknikal USD/JPY untuk 19 Januari, 2015

Analsisi Teknikal USD/JPY untuk 19 Januari, 2015

Huraian Fundamental : 
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat dagangan yang lebih tinggi. Kecairan adalah menipis di kemudian hari global sebagaimana pasaran kewangan di Amerika Syarikat telah ditutup bersempena cuti umum. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah disokong oleh dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah sentimen risiko pelabur yang bertambah baik (Tolok ketakutan VIX susut 6.43% kepada 20.95; S&P 500 ditutup naik 1.34% pada 2,019.42, Jumaat) kenaikkan yang lebih kukuh berbanding ramalan di dalam laporan indeks sentimen pengguna awal Universiti Michigan ke tahap tinggi sepuluh tahun, 98.2 pada bulan Januari berbanding bacaan akhir 93.6 pada bulan Disember (berbanding ramalan 94.4), manakala kenaikan sebanyak 0.8% pada tahunan telah direkodkan di dalam laporan CPI AS bagi bulan Disember sebagai kenaikkan tahunan yang paling perlahan sejak Oktober 2009 meningkatkan lagi jangkaan bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan akan melambatkan kenaikkan kadar faedah. Perdagangan USD/JPY ini juga disokong oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE Indeks Dolar meningkat kepada tahap tinggi 11 tahun 93.262 hari Jumaat, terdahulu 92.65 berbanding 92.18 awal hari Jumaat) seperti ramalan di atas-sentimen pengguna AS secara tidak dijangka mengatasi penurunan 0.1% dalam laporan pengeluaran perindustrian Amerika Syarikat pada bulan Disember (berbanding ramalan untuk sebarang perubahan) dan penggunaan kapasiti AS pada bulan Disember yang mencatatkan bacaan lebih rendah daripada yang dijangkakan iaitu 79.7% (berbanding ramalan 79.9%), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 1.815% berbanding 1.775% lewat Khamis), permintaan daripada pengimport Jepun dan pelonggaran dasar kewangan berskala besar oleh Bank of Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY kini sedang diganggu oleh penjualan eksport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima dan 15-hari sedang menurun, walau bagaimanapun corak cartalilin harian 'bullish-piercing' telah berakhir pada hari Jumaat, stokastik kini berlaih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 117.95 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 118.50. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 116. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 115.50. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 116.80.


Tahap Rintangan: 
117.95
118.50
119

Tahap Sokongan:
116
115.50
115

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...