Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 23 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-23T05:25:38

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 23 Januari, 2015

Gabungan industri British telah mengeluarkan laporan mengenai pesanan eksport perkilangan UK yang mencatatkan bacaan melemah pada hari semalam. Sementara itu, mata wang USD meningkat sehingga ke tahap tinggi baharu selepas ECB memanjangkan QE. Hari ini, tumpuan peserta pasaran telah beralih kepada kaji selidik jualan runcit. Kami menjangkakan ia akan mencatatkan bacaan yang melemah. Mata wang pound  mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 1.4800. 20Dsma wujud di tahap 1.5231. Sehingga harga menutup di atas tahap tersebut, gunakan setiap kenaikan untuk mengambil pesanan menjual. Pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan urusniaga harian yang terletak pada tahap 1.5040, 1.5075. dan 1.5100. Jika pasangan mata wang ini menuju ke arah tahap 1.5075, maka mula untuk mengambil pesanan menjual di antara tahap 1.5075 dan 1.5100, dengan menetapkan sl pada tahap 1.5140. Kami mengesyorkan kepada para pedagang penjualan selamat di bawah tahap 1.5000 dengan sasaran hanya ditetapkan pada tahap 1.4950 dan 1.4800.

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 23 Januari, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...