Tuntutan pengangguran AS menurun sebanyak 10,000 kepada 307,000 pada minggu berakhir 17 Januari. Mata wang USD meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam tahun terhadap CAD. Hari ini, tumpuan peserta pasaran telah beralih kepada Teras IHP Kanada, teras penjualan runcit, US flash manufacturing PMI, dan jualan rumah sedia ada. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi tahap tinggi yang terletak pada tahap 1.2420, rintangan paling hampir bagi pasangan mata wang ini pula terletak pada tahap 1.2435. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 1.2440 untuk 100 dan 150 pips. Kami mendapati bahawa pasangan mata wang ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang terletak di tahap 1.2300. Sekiranya pasangan mata wang membuat corak pembetulan harga di bawah tahap 1.2300, maka sokongan serta-merta akan wujud pada tahap 1.2190 dan 1.2100. Selagi pasangan ini mengukuh pada harga 1.2100, para pedagang boleh mengambil kesempatan sewaktu urusniaga harga rendah untuk mengambil pesanan membeli.
_source!.png)