Mata wang Pound menjunam ke taahp rendah beberapa tahun berbanding USD. Dolar AS kini sedang menikmati perdagangan menaik pada tahap tinggi 12-tahun. Pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap 1.5000 pada minggu sebelumnya. Minggu ini, nasib bagi pasangan mata wang ini akan diputuskan berdasarkan kepada laporan KDNK Prelim UK yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari esok dan mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada Rabu ini. Hari ini, tumpuan peserta pasaran telah beralih kepada kelulusan gadai janji BBA. Ia adalah dalam aliran menurun sejak 5 bulan yang lalu. Pasangan mata wang ini mempunyai zon sokongan yang kuat di antara tahap 1.4830 dan 1.4800. Pasangan ini dilihat mempunyai rintangan paling hampir di tahap 1.5036. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di atas tahap 1.5040, maka harga berkemungkinan akan meningkat sehingga mencecah pada tahap 1.5080 dan 1.5105. Sehingga harga menutup di bawah tahap 1.5100, gunakan setiap kenaikan untuk mengambil pesanan menjual. Pasangan ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 1.4985 dan 35DEMA. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru di bawah tahap 1.4980. Pound kekal berada pada tahap rendah 18 bulan terhadap USD.
