Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 26 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-26T01:32:22

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 26 Januari, 2015

Perhatian para pedagang kini tertumpu kepada keputusan pilihan raya Greek. Hari ini, pihak kiri radikal telah memenangi pilihan raya. Euro menjunam ke tahap rendah 11 tahun baru. Pada sesi dagangan Jumaat lalu, mata wang euro telah menembusi tahap rendah pada 1.1115 berbanding USD. Selepas ECB memutuskan 1.2 trilion euro, pasangan mata wang ini telah kehilangan lebih daripada 500 pips di dalam 2 sesi perdagangan. Hari ini, terdapat satu lagi laporan penting dalam kalendar ekonomi Eropah yang bakal dikeluarkan iaitu German Ifo business climate data. Kami menjangkakan bahawa ia akan meningkat daripada 105.50 pada bulan Disember.



Sepertimana yang telah kami syorkan dalam artikel Jumaat lalu, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di bawah tahap 1.1300, maka kita akan dapat melihat penembusan pada harga 1.1000. Pasangan mata wang ini telah membuat tahap rendah pada 1.1115. Pasangan ini mempunyai rintangan mingguan pada tahap 1.1460 dan 1.1600. Sehingga pasangan menutup di atas tahap 1.1600, gunakan setiap kenaikan untuk mengambil pesanan menjual. Pasangan mata wang ini mempunyai rintangan urusniaga harian yang terletak pada tahap 1.1291, di atas ini, adalah pada tahap 1.1330. Pembelian selamat hanya akan kelihatan di atas tahap 1.1330 dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1.1400, 1.1460, dan 1.1500. Pada masa ini, tidak ada harapan untuk kenaikan harga mendominasi semula pasangan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru pada tahap harga semasa 1.1200 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1100, 1.1050, 1.1000, dan 1.0700.


Analisis Teknikal EUR/USD untuk 26 Januari, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...