Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 Feburari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-16T14:37:47

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 Feburari, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 Feburari, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh selera risiko yang kian berkurangan sebagaimana para peserta kini lebih berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat di antara kerajaan Yunani baru dan menteri-menteri kewangan zon euro di Brussels pada hari Isnin. Pasangan mata wang GBP/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh kelemahan pasangan USD/JPY dan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun.


Komen Teknikal: 

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakan lima hari kini berada di atas purata pergerakan 15 hari dan ia kini semakin meningkat, walau bagaimanapun Stokastik kini dilihat sedang beralih kepada aliran menurun pada tahap terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 181.60. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 180.90. Titik pangsi kekal berada pada tahap 183.35. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 182.30 dan sasaran kedua pada 181.60.

.

Tahap Rintangan:
184.30
185.20
184.75

Tahap Sokongan:
181.60
180.90
180.45

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...