
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh selera risiko pelabur yang berkurangan berikutan sikap berhati-hati peserta pasaran menjelang keputusan mesyuarat di antara kerajaan Yunani baru dan menteri-menteri kewangan zon euro di Brussels pada hari Isnin. Pasangan mata wang GBP/JPY ini juga dipengaruhi oleh kelemahan pasangan USD/JPY dan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas ekoran permintaan daripada pengimport Jepun.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas tahap purata pergerakkan 15 hari dan ia semakin meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7530 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7590. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7440. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.74. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7470.
Tahap Rintangan:
0.7530
0.7590
0.7645
Tahap Sokongan:
0.7440
0.74
0.7345