Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 24 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-24T02:34:34

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 24 Februari, 2015

USD/JPY

Laporan jualan rumah sedia ada AS mencatatkan bacaan yang mengecewakan. Jualan rumah sedia ada menurun pada bulan Januari ke tahap terendah dalam tempoh sembilan bulan, walau bagaimanapun kadar yang lebih tinggi berbanding setahun yang lalu untuk empat bulan berturut-turut, menurut Persatuan Kebangsaan Realtors. Hari ini adalah merupakan hari penting untuk USD. Sama ada mata wang ini akan melonjak naik dengan ketara mahupun sebaliknya. Mata wang dolar AS susut berbanding Yen selepas data yang mengecewakan. Hari ini menjelang ucapan Yellen; dolar AS didagangkan lebih tinggi terhadap Yen sewaktu sesi dagangan awal Asia. Harga telah mengukuh dalam julat di antara tahap 115.50 dan 120.80 bagi tempoh 10 minggu. Pasangan mata wang ini didapati mempunyai rintangan mingguan yang terletak pada tahap 120.80. Pasangan ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang berada di antara 118.80 dan 118.50. Sehingga pasangan itu mengukuh dan menutup di atas tahap 118.20, kami mencadangkan pandangan menaik. Kami menasihatkan kepada anda agar hanya mengambil posisi menjual di bawah tahap 118.20 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 118.00 dan 117.60. Rintangan urusniaga harian terletak pada 119.05. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil posisi membeli di atas tahap harga 119.10 dengan sasaran ditetapkan pada 119.50, 120.00, dan 120.50. Satu lagi kenaikan harga di atas tahap 120.50. Sehingga pasangan menutup di atas tahap 181.20, perdagangan membeli masih berlangsung.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 24 Februari, 2015

USD/CAD

Laporan jualan rumah sedia ada AS mencatatkan bacaan yang mengecewakan. Jualan rumah sedia ada menurun pada bulan Januari ke tahap terendah dalam tempoh sembilan bulan. Selain itu, penurunan juga dicatatkan di dalam harga minyak yang telah mempengaruhi mata wang CAD. Hari ini, menjelang ucapan Yellen dan ucapan gabenor BOC Poloz, sesi perdagangan telah disenyapkan sewaktu sesi awal dagangan Asia. Harga membuat corak rendah lebih tinggi dan corak tinggi yang lebih rendah dalam segitiga simetri berlangsung. Rintangan mingguan dilihat berada pada tahap 1.2700. Aliran menaik berpotensi untuk mencabar tahap 1.2970, sekiranya harga menutup di atas tahap 1.2700. Sokongan mingguan pula telah ditetapkan pada harga 1.2350. Sekiranya harga menembusi di bawah 1.2350, maka aliran penurunan harga berkemungkinan akan menguji tahap 1.2250. Secara keseluruhan, pasangan ini dilihat telah cenderung kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah. Rintangan urusniaga harian didapati masing-masing terletak pada tahap 1.2600 dan 1.2625. Kami mengesyorkan kepada pedagang agar mengambil posisi membelu baru di atas tahap 1.2600 dengan sasaran pada 1.2630, 1.2660, dan 1.2700. Sokongan urusniaga harian pula dilihat terletak pada tahap 1.2540 dan 1.2480. Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 24 Februari, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...