EUR/JPY
Hari ini, Greece harus mengemukakan senarai pembaharuan untuk kumpulan Euro. Mereka telah terlepas tarikh akhir semalam. Pembaharuan termasuklah meningkatkan kutipan cukai dan membendung pelarian cukai, kawalan penyeludupan tembakau, dan rasuah. Semalam, minit mesyuarat dasar monetari BOJ telah dikeluarkan. Ahli-ahli bersetuju bahawa ekonomi eksport Jepun kini telah semakin pulih. Eksport telah menunjukkan tanda-tanda kenaikkan. Pada sesi dagangan awal Asia, euro diniagakan lebih tinggi berbanding Yen. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan segera yang terletak pada tahap 134.40. Berdasarkan pada carta 4H, harga telah membuat corak rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah. Rintangan mingguan didapati terletak di antara tahap 136.60 dan 136.90. Pasangan ini telah membuat 'double top' pada harga 136.68. Di sebelah bawah, harga telah membentuk sokongan asas di antara 132.38 dan 132.28. Rintangan urusniaga harian telah ditetapkan pada harga 135.20. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru di bawah tahap 134.40. Pada sesi dagangan semalam, kami mencadangkan menjual di bawah 135.25 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 135.00, 134.75, dan 134.40. Pasnagan diluhat telah menembusi tahap rendah pada 134.44. Pesanan menjual telah disyorkan pada sesi dagangan hari semalam. Selain itu, anda disyorkan untuk mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 135.20 dengan sasaran pada tahap 135.90, 136.20, dan 136.60.

GBP/JPY
Mata wang GBP telah melanjutkan kenaikkan menentang Yen untuk tempoh empat minggu berturut-turut. Pasangan mata wang ini dilihat sedang menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 148.20. Jika harga menutup di atas 184.20, maka aliran menaik berkemungkinan akan menguji tahap 187.00. Harga menghadapi rintangan yang kuat pada tahap fib 23.6 dan penghujung saluran menaik. Harga didapati telah membentuk asas sokongan pada tahap 181.50. Sokongan mingguan pula didapati terletak pada tahap 181.90 dan 181.00. Pound memihak kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah berbanding dengan pasangan mata wang. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 183.30. Pada sesi dagangan semalam, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 182.80 dengan sasaran maisng-masing terletak pada tahap 183.50, 184.00, dan 184.15. Pasangan telah membuat corak harga tinggi pada 184.00. Sehingga pasangan menutup di atas tahap 181.50, perdagangan membeli masih lagi berlangsung. Bagi gambaran urusniaga harian, kami mensyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 184.20 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada harga 184.40, 185.00, 185.40, 185,80, dan mengkin juga pada tahap 186.80.
