USD/CAD
Keluaran dalam negara kasar nyata (KDNK) meningkat 0.6% pada suku keempat, berikutan keuntungan 0.8% pada suku ketiga. Pada asas bulanan, KDNK nyata telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3% pada bulan Disember. Mata wang CAD mara berbanding dolar AS selepas data KDNK mengatasi jumlah ramalan. Ia telah memberikan kejutan kepada pasaran. Perbelanjaan penggunaan isi rumah akhir meningkat 0.5%, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada suku keempat. Hari ini, perhatian para pedagang tertumpu kepada laporan kadar kenyataan BOC. Sebelum itu, kami meramalkan satu lagi penurunan kadar. Walau bagaimanapun selepas data KDNK dan ucapan Poloz minggu lalu, kini satu lagi penurunan kadar telah menimbulkan persoalan. ADP non-farm unemployment change AS, perkhidmatan akhir PMI, PMI bukan pembuatan ISM, dan Kenyataan Ahli Persekutuan, Evans dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Hari ini adalah merupakan hari yang paling sibuk dengan beberapa siri laporan ekonomi yang akan dikeluarkan. Sekiranya terdapat penurunan kadar yang seterusnya, maka ia akan menyebabkan dolar Kanada kehilangan nilai dengan ketara. Sehingga kini, pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini telah dibuka dalam aliran menaik. Pasangan ini telah mengukuh dalam julat penyatuan untuk 20 sesi antara tahap 1.2350 dan 1.2700. Sokongan mingguan ditetapkan pada tahap 1.2350 manakala untuk sokongan bulanan pula ditetapkan pada tahap 1.2300. Rintangan mingguan didapati berada di antara 1.2665 dan 1.2700. Aliran menaik berkemungkinan akan menguji tahap 1.2970, sekiranya harga menutup di atas 1.2700. Rintangan urusniaga harian didapati terletak diantara 1.2545 dan 1.2565. Manakala sokongan urusniaga harian pula dilihat masing-masing berada pada tahap 1.2460 dan 1.2430. Merujuk kepada carta mingguan, sehingga harga menutup di atas tahap 1.2350, pesanan belian kekal sah dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.2565, 1.2660, dan 1.2680. Kenaikkan harga perlu diperhatikan untuk penurunan kadar yang seterusnya oleh BOC. Secara keseluruhan, arah aliran pasaran dilihat cendderung memihak kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah. Dalam tempoh terdekat, sehingga harga menutup di bawah tahap 1.2565, aliran menurun aka cuba mengheret pasangan berdagang di bawah tahap 1.2350 dan 1.2290.
USD/JPY
Pasangan mata wang ini diniagakan pada tahap tinggi tiga minggu. Pasangan ini didapati mempunyai beberapa zon rintangan di antara tahap 120.50 dan 120.80. Harga telah membentuk corak harga rendah yang lebih tinggi dan corak harga tinggi lebih tinggi di dalam carta 4H. Sokongan telah meningkat ke tahap 118.20-118.60. Ia adalah merupakan satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk kenaikkan harga yang selanjutnya. Bagi gambaran urusniaga harian, harga telah menembusi tahap rintangan kuat yang terletak pada 119.75. Kami menasihatkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli di atas tahap 119.75 dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 11995, 120.20, dan 120.50. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 119.40. Kami menasihatkan anda untuk hanya mengambil pesanan menjual di bawah 119.30 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 119.15 dan 118.70. Satu lagi ayunan kenaikan harga di atas tahap 120.50. Bagi gambaran urusniaga harian, sehingga cartalilin 4H menutup di atas 119.30, maka perdagangan membeli kekal sah. Menjelang pengumuman laporan ekonomi ADP, dolar AS diniagakan lebih rendah berbanding yen. Gambaran keseluruhan memihak kepada pesanan membeli sewaktu urusniaga harga rendah .
Ambil pesanan membeli di atas tahap 119.75.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 119.30.