Rumusan Teknikal:
Kami masih mencari penembusan harga di bawah tahap sokongan kecil 133.39 bagi membolehkan harga menjunam ke tahap yang lebih rendah pada gelombang merah iii ke arah tahap 131.04 sebagai sasaran pertama. Dalam dagangan jangka masa panjang, kami kini sedang memerhatikan penurunan harga ke arah tahap 125.98 sebagai kesinambungan pembetulan harga mendatar untuk gelombang C akhir dari tahap tinggi Disember 2013 145.69. Pada ketika itu, penembusan harga di atas tahap rintangan kecil 134.60 akan melambatkan tekaanan penurunan harga yang dijangka, walau bagaimanapun hanya penembusan harga di atas tahap 135.63 yang akan membatalkan perkiraan penurunan harga serta-merta.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah menjual EUR daripada tahap 133.90 dan akan kekal menetapkan kedudukan Stop Loss kami pada tahap 135.70. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk menjual sebaik sahaja harga menembusi dibawah tahap 133.39 dengan Stop Loss ditetapkan pada tahap 134.65.