
Huraian Fundamental :
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 99.28 berbanding 98.97 awal Jumaat) di tengah-tengah keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi AS dan jangkaan kenaikan kadar faedah pada separuh kedua tahun 2015 (Lacker Fed mengulangi pada hari Jumaat bahawa beliau akan melihat alasan yang kukuh untuk bank pusat AS mula menaikkan kadar jangka pendek pada musim panas ini), harga susu yang melemah, dan penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD memberangsangkan. Walau bagaimanapun,kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh sentimen risiko pelabur yang positif dan kepentingan pengkamiran pasangan NZD-USD.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD berada dalam mod menaik, bagaimanapun stokastik adalah neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7420. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7390. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7525. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7560 dan sasaran kedua pada tahap 0.7605.
Tahap Rintangan:
0.7560
0.7605
0.7645
Tahap Sokongan:
0.7420
0.7390
0.7355