Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 April, 2015.

parent
Analisis Forex:::2015-04-13T08:23:36

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 April, 2015.

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 13 April, 2015.

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderugan aliran menaik selepas mencecah tahap tinggi tiga minggu 0.9838 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 99.28 berbanding 98.97 awal Jumaat) di tengah-tengah keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi AS dan jangkaan kenaikan kadar faedah pada separuh kedua tahun 2015 (Lacker Fed mengulangi pada hari Jumaat bahawa beliau kini sedang melihat alasan yang kukuh untuk bank pusat memulakan kenaikkan kadar jangka pendek pada musim panas ini), kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh permintaan franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah.

Ulasan Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas purata pergerakkan 15 hari dan kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9870 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9810. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9665. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9595. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9720.

Tahap Rintangan:
0.9870
0.9940
0.9985

Tahap Sokongan:
0.9665
0.9595
0.9530

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...