Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 April, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-04-30T07:32:43

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 April, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 April, 2015

Huraian Fundamental :
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap tinggi tiga bulan 0.7744 pada hari Rabu. Sentimen dolar NZ melemah sebagaimana ramalan secara meluas bahawa Bank Rizab New Zealand telah mengenakan kadar faedah 3.5% dan membuka pintu untuk kemungkinan penurunan kadar. Selain itu, Fonterra mengurangkan ramalan pembayaran susu pepejal. NZD/USD juga dipengaruhi oleh penjualan dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD mengukuh, harga susu yang melemah, dan selera risiko pelabur yang berkurangan. Walau bagaimanapun, kerugian NZD/USD kini sedang diganggu oleh sentimen dolar yang negatif.

Komen Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaimanapun stokastik kini beralih kepada aliran menurun pada tahap terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7545. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7490. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7665. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7700 dan sasaran kedua pada tahap 0.7740.

Tahap Rintangan:

0.77
0.7740
0.7785

Tahap Sokongan:
0.7545
0.7490
0.7445

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...