Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 April, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-04-30T07:36:23

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 April, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 April, 2015

Huraian Fundamental :

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh selepas mencecah tahap rendah dua bulan 0.9335 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif dan juga permintaan bagi mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh kadar faedah Swiss yang negatif dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan lima hari kini berada dibawah purata pergerakkan 15 hari dan semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9335. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9290. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9500. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9575 dan sasaran kedua pada tahap 0.9620.

Tahap Rintangan:
0.9575
0.9620
0.9670

Tahap Sokongan:
0.9335
0.9290
0.9245

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...