
Rumusan Teknikal:
Pembetulan harga daripada tahap 1.4903 menjadi lebih dalam daripada ramalan awal. Ia menunjukkan bahawa gelombang iii telah berakhir hanya di bawah sasaran ideal pada tahap 1.4983 dan gelombang iv pada masa kini sedang berlangsung. Pembetulan pada gelombang iv menghampiri sasaran pembetulan 23.6% pada tahap 1.4732. Penembusan harga di bawah tahap ini akan memanggil harga untuk meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.4675 dan mungkin juga lebih rendah ke tahap sasaran pembetulan 38.2% pada 1.4629 sebelum bergerak lebih tinggi pada gelombang v.
Cadangan Perdagangan:
Sebagaimana kita melihat penembusan harga di atas tahap 1.4895, kedudukan stop loss kami telah dinaikkan ke tahap 1.4793 (10 pips di bawah tahap rendah semasa), stop loss ini telah ditembusi untuk keuntungan. Kami akan mencari peluang untuk mengambil pesanan membeli baru pada tahap 1.4680 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap rintangan kecil 1.4819 dengan kedudukan Stop Loss berada pada tahap 1.4580.