
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas telah melonjak naik ke tahap $ 1,192.00 pada hari semalam sebelum ia ditarik semula ke tahap lebih rendah, bagaimanapun kenaikkan harga akan diteruskan. Logam ini telah bertukar kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah buat masa sekarang sehingga harga kekal didagangkan di atas tahap $ 1,168.00. Rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,215.00, dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 1,225.00, $ 1,235.00/40.00 dan lebih tinggi. Manakala sokongan pula dilihat berada pada harga $ 1,168.00, diikuti dengan $ 1,162.00, $ 1,145.00 dan lebih rendah. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa ini dan juga perhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli baru semasa urusniaga harga rendah, dengan risiko ditetapkan pada $ 1,165.00 buat masa ini. Aliran menaik kelihatan seolah-olah berada dalam kawalan, sekurang-kurangnya sehingga harga kekal berdagang di atas taha[ $ 1,168.00 dari sini.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada harga $1,265.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!