
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY didagangkan di sekitar tahap 133.50/60 selepas mencatatkan tahap rendah 133.10 pada hari ini. Pasangan ini kelihatan seolah-olah telah bersedia untuk melonjak naik menuju ke arah tahap yang lebih tinggi daripada tahap semasa dan menghasilkan isyarat graf bar lilin penyelubungan menaik di dalam carta 4H. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang agar kekal membeli pada pesanan yang telah diambil semalam dengan risiko ditetapkan di bawah tahap 133.00. Aliran kenaikkan harga kelihatan seolah-olah telah bersedia untuk mengadakan aliran menaik sehingga harga kekal berdagang di atas tahap 132.80/133.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 133.00 (interim), dan diikuti masing-masing oleh tahap 131.50, 129.00, 128.00, dan lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap 135.50, diikuti oleh tahap 136.50, 137.00 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 132.80, manakala sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!