Indeks Dolar AS melanjutkan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi seperti yang diharapkan selepas pembalikan harga pada 19 Mei lalu. Indeks Dollar AS menyatakan isyarat belian/pembalikan harga semasa ia menembusi di atas baji condong menurun. Saya telah meminta pembalikan harga sebagaimana indeks dolar kini sedang berada begitu hampir dengan sokongan Penarikan semula Fibonacci 38% pada carta mingguan.

Indeks Dolar AS kini kelihatan sedang menghampiri penarikan semula 61.8% pada aliran menurun daripada tahap 100. Rintangan Kuat didapati terletak pada Penarikan semula Fibonacci ini dan saya tidak akan terkejut untuk melihat kenaikan harga diberhentikan buat seketika. Sokongan utama terletak pada tahap 94.80. Ichimoku Cloud kekal berada di bawah tahap harga semasa mengesahkan arah aliran yang menaik.

Garis merah = rintangan
Indeks Dolar Amerika Syarikat juga telah menembusi rintangan Ichimoku Cloud pada carta harian. Rintangan garis merah kini telah ditembusi dan harga sedang menguji sempadan cloud yang lebih rendah sekarang. Jika aliran menaik ini berjaya menolak harga ke dalam cloud, maka ini akan menjadi pergerakkan yang penting ke dalam perubahan aliran Ichimoku untuk neutral pada carta harian. Pandangan saya tetap berpihak kepada kenaikkan harga untuk dagangan jangka masa panjang.